Friday 30 November 2012

Nenek Dapat $12.5 Juta Hanya Beli Susu dan Roti

 
SYDNEY— Tetangga yang baik lebih berharga dari sanak keluarga yang jauh. Seorang wanita kaya Australia telah memberikan seluruh harta warisannya berjumlah 12,5 juta dollar (lebih dari Rp 125 miliar) kepada tetangga yang membantunya membelikan susu dan roti.

Betty Harris yang meninggal tahun 2009 di usia 95 tahun memberikan warisan kepada tetangganya, Beatrice Gray, di permukiman mahal di Point Piper, Sydney, setelah dia merasa keponakan perempuannya mencoba memasukkan dia ke rumah jompo.
Ketika diketahui Harris memberikan warisan kepada tetangganya, Beatrice Gray, keponakannya mengajukan masalah ini ke Mahkamah Agung di Negara Bagian New South Wales.
Menurut laporan situs news.com.au, Ny Harris tinggal sendirian dan tidak memiliki teman dekat setelah suaminya, Keith, meninggal tahun 1991. Dia tidak dekat dengan sanak keluarganya. Hobinya hanyalah mengurusi kuda.
Menurut laporan koresponden Kompas di Australia, L Sastra Wijaya, dalam keputusannya hari Rabu (28/11/2012) hakim Richard White mengatakan, Ny Gray—seorang pengacara dan juga akademisi Universitas Sydney yang juga kaya—berhak mendapatkan warisan karena surat warisan yang dibuat Harris pada April 2005 adalah sah.
Hakim White menolak pendapat keponakan Harris, Coraline Hart, bahwa surat warisan itu tidak sah karena Harris "tidak waras" karena menduga keponakannya ingin menguasai hartanya.
Ny Harris tidak memiliki anak dan tidak dekat dengan keponakannya. Kepada seorang staf rumah sakit pada 2005, Harris mengatakan dia sudah tidak pernah berbicara dengan para keponakannya selama 13 tahun. Tahun 2005, sebelum Betty Harris mengubah surat warisannya, dia mengatakan bahwa para keponakannya "hanya ingin uangnya saja".
Menurut hakim White, Betty Harris mungkin menderita "pikun", tetapi masih mampu menandatangani surat warisan tersebut. Dalam surat warisan sebelumnya yang dibuat tahun 1995, harta Betty Harris memang diberikan kepada keponakannya, Coralie Hart, tetapi Harris mengubahnya setelah tahu sang keponakan ingin memasukkannya ke dalam rumah jompo.
Tetangga Ny Harris, Beatrice Gray, tinggal bersebelahan selama 33 tahun sampai Ny Harris meninggal pada 1995. Beatrice membantu membayarkan seluruh tagihan telepon, listrik, gas, serta mengurus surat kendaraan dan kebutuhan lain.
Keluarga Gray juga secara teratur mengecek keamanan rumah Betty serta mengganti lampu yang rusak dan membawa bak sampah ke luar setiap minggu.
* Sumber kompas.com

Bayi Meninggal Hidup Kembali Dalam Dakapan Ibu

 
SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.
 

Apek Naik Pelamin

Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012 | Kali ini menerusi satu sidang akhbar yang dibuat oleh Apex atau Khairul Fahmi, pasangan itu telah mengesahkan akan bernikah pada 28 Disember 2012 ini.
Berita itu mengakhiri segala desas desus dan berita mengenai tarikh nikah pasangan Khairul Fahmi dan Leuniey.
“Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja,” kata Apex.
“In Shaa Allah , saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.
Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104). Manakala ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012
Kedua-dua pasangan dijangka akan dinikahkan di Kelantan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, pada jam 9 pagi.
Sementara itu pada 30 Disember pula, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan.
Majlis ini akan berkonsepkan Melayu Kontemporari dan akan bermula pada jam 8 malam.
Untuk majlis di sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan dirumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.
Sumber: forblogger.net

Thursday 29 November 2012

Alkisah Misteri Penjara Pudu



 

“AKU ingat kalau hangpa (kamu) kena ganggu macam ni, mau terkencing dalam seluar dan silap hari bulan boleh demam seminggu.” Begitulah kata-kata seorang warden penjara yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran Ahmad Mohd. Jais saat dia melawat Penjara Pudu pada tahun 1996 selepas penjara itu dikosongkan.

Ahmad, 49, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.

“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.

Potret misteri
Penjara Pudu kini tinggal kenangan apabila tembok penjara berusia lebih 100 tahun di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur itu dirobohkan pada 21 Jun lalu.

Dalam tempoh lebih seabad, ramai banduan yang dihukum mati di Penjara Pudu termasuk penjenayah-penjenayah terkenal dalam lipatan sejarah negara. Dari 1960 hingga 1993 sahaja, seramai 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati.

Pada tahun 1996, Penjara Pudu ditutup manakala banduan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Seorang bekas penghuni Penjara Pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu. Ia tentang potret misteri.

“Ia berkisar tentang seorang banduan akhir iaitu panggilan untuk banduan yang akan dihukum mati.

“Dia banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum dia dihukum gantung. Warden memberitahu, lampu di bilik sel itu akan terpadam dan ia akan sentiasa gelap. Dalam kegelapan itu, potret itu akan bercahaya seolah-olah ia hidup.

“Banyak orang mengadu melihat bayang-bayang berkeliaran. Lebih menyeramkan, bilik sel itu berdepan dengan sel saya,” katanya yang mendakwa banduan akhir itu ialah seorang wanita.

Ada juga yang mendakwa bahawa potret wanita itu juga akan ‘menangis’ apabila hari penggantungan seseorang itu semakin hampir.


Walaupun hanya sempat ditahan di penjara itu selama dua hari, namun Nasyitah yang ditangkap kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dapat merasai keseraman suasana di situ.

“Saya takut. Apabila warden itu ingin membawa kami melihat sel itu, empat orang rakan saya pergi tengok, saya sahaja tidak mahu tengok. Seram.

“Kawan-kawan saya beritahu memang betul kata warden tersebut. Dalam gelap, lukisan itu berkilauan dan menyeramkan. Mereka juga bercerita lampu tidak boleh dinyalakan di bilik tersebut, ia terus terpadam,” ujarnya kepada Jurnal.

Bermalam
Sementara itu, pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail yang pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity menceritakan pengalaman anehnya.

Kata Azril, antara bahagian penjara itu yang paling menarik ialah bilik gantung kerana ia menawarkan banyak ‘cerita’.

“Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakamkan satu garisan putih yang panjang dan melengkung. Bagi saya mustahil cahaya dapat dibengkokkan. Kalau hendak dikatakan ia asap, saya tahu sangat rupa kepulannya kerana saya seorang perokok.

“Saya bukan jenis yang gemar bercerita perkara-perkara mistik. Saya lebih suka kepada fakta dan akademik. Saya kemudian menghantar gambar itu untuk diteliti oleh pensyarah saya di Columbus College of Art & Design (CCAD) di Ohio, Amerika Syarikat.

“Mereka meminta saya untuk memeriksa peralatan tetapi tidak timbul masalah sama ada daripada kamera atau dalam proses mencuci gambar,” jelasnya kepada Jurnal tidak lama dahulu.

Azril berkata, kalau sudah bermalam di tempat begitu bukanlah suatu yang asing jika mendengar pelbagai bunyi dan gangguan.

“Keadaan lazimnya gelap. Saya pula mahu merakam gambar tanpa bantuan cahaya tiruan seperti flash kamera, sebaliknya menggunakan cahaya semula jadi. Jadi saya kena menanti lama untuk mendapatkan pencahayaan yang baik. Makan masa satu hingga dua jam setengah.

Jiran
“Dalam masa menunggu itu, saya rasa kepala saya diketuk sebanyak tiga kali. Seperti ada tangan yang mengetuk kepala saya.

“Kalau nampak bayang-bayang itu memang sudah biasa sangat. Sampai dah jadi normal bagi saya. Begitu juga dengan suara orang jerit melolong.

“Tapi saya tidak dapat tangkap apa yang disebut kerana bunyinya bergema,” ujar pensyarah di Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

Selain itu, Azril juga mendengar bunyi lain seperti paluan beduk dua kali dan kakinya bagai dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat.

Walaupun mempunyai kenangan seram di penjara itu, Azril menyatakan rasa duka-citanya kerana tembok dan kompleks Penjara Pudu itu dirobohkan.

“Ia satu seni bina ikon yang sungguh menarik dengan bentuk X. Saya mendapati ia mempunyai ciri persamaan dengan seni bina lama dari Perancis. Tapi masih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya,” katanya.