Saturday 8 December 2012

Bahaya Simpan Laptop Dalam Kereta


Cuba anda bayangkan… saat anda pergi ke kereta anda, then tengok-tengok cermin kereta dah pecah. Lepas tu Laptop yang anda tinggal pun lesap! Adussss… sangat perit untuk diterima. Nak menjerit mintak tolong pun tiada guna lagi. Tapi mintak jauh lah dari kejadian macam ni kan.. Lagi-lagi kerjaya kita sebagaiseorang Internet Marketer ni.. Pasti ada banyak file-file penting yang tersimpan dalam laptop tersebut.

Apa yang penting ialah, kita harus tahu bagaimana cara untuk mengelakkan dari kejadian seperti ini dari berlaku lagi. Mesti anda pelik kan.. macamana pencuri tu boleh tahu laptop tu ada dalam kereta, sedangkan anda dah sorok bawah kerusi.. atau dah sorok dalam bonet.. Pelik kan.. Kereta abg saya pun kena pecah sebelum bulan puasa hari tu. Laptop hilang. Tapi iphone masih elok saja atas belakang.
Dunia semakin canggih sekarang ni.. Rupa-rupanya pencuri tersebut telah menggunakan satu alat ni yang dinamakanInductive Amplifier.

Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juruelektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.


Langkah untuk mengelakkan kecurian:-
1) Cabut bateri laptop dan letakkan di dalam ruangan yang berasingan. Ataupun bawak je bateri laptop tu dan letak dalam Handbag. Tapi teknik ni belum tentu berkesan kerana mungkin pencuri akan gunakan alat yang lebih canggih lagi..
2) Simpan laptop di dalam Periuk Stainless Steel. Ini akan membiulkan alat tersebut dan tidak dapat mengesan laptop ada dalam kereta.
3) Jangan tinggalkan laptop dalam kereta. Bawa sahaja ke mana jua anda pergi… =)
Berjaga-jaga kerana alat ini senang untuk didapati di kedai elekrik ataupun di eBay dengan harga USD60 sahaja.!
Klik share untuk saling mengingatkan sesama kita..

No comments: