Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat
meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli
perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.
Sebuah syarikat tekstil tempatan
membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak
diingini.
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk
membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam
kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida,
seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.
Ramai orang kebanyakan seperti ahli
perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami
Yoshida, Jurucakap syarikat.
Dapat sambutan
“Pada mulanya kami terfikir untuk
menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan
hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli
perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.
Seluar dalam itu dikeluarkan dengan
partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.
Seiren membangunkan teknologi itu
selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis
yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.
Syarikat itu kini berkembang kepada 22
barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang
menutup bau ketiak
No comments:
Post a Comment