DUA
buruh bekerja di lokasi pembinaan bangunan kediaman di tepi bukit
yang mengandungi sebuah kubur (dalam bulatan) di Taiyuan semalam.
TAIYUAN, China - Sebuah
kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah
bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.
Kubur itu dipercayai
wujud sejak tahun 2004 lagi.
Pihak pemaju meneruskan
kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu
selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.
Keluarga si mati enggan
menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan
oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.
Pihak keluarga si mati
itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur
tersebut.
Kerja-kerja pembinaan itu
dijangka siap pada April tahun depan.
Pada Ahad lalu, media
melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat
yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi
kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung
Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh
selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen
setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615)
daripada pihak pemerintah.- Agensi
No comments:
Post a Comment