Bangunan
ini dinamakan "The Crookedhouse".Bangunan ini mula dibina pada Januari
2003 dan siap pada Disember 2003. Reka bentuk rumah ini diilhamkan
berdasarkan lakaran dan lukisan yang dilukis oleh Jan Marcin Szancer (
Seorang pelukis terkenal berbangsa Polish dan juga merupakan seorang
ilustrator buku kanak-kanak) dan Per Dahlberg ( Seorang pelukis jalanan
berbangsa Sweden di Sopot ).
Bangunan ini pula adalah Hundertwasser
house “Waldspirale” (”Forest Spiral”;). Ia dibina di Darmstadt antara
tahun 1998 dan 2000. Diilhamkan oleh arkitek dan pelukis terkenal,Friedensreich Hundertwasser.
Ideal Palace atau Istana idaman di France. Cheval memulakan
pembinaan istana ini pada bulan April 1879. Cheval menghabiskan masa
selama 33 tahun untuk membina istana ini. 2 dekad yang pertama
dihabiskan hanya untuk menyiapkan bahagian luar istana. Istana ini
diinspirasikan daripada kitab Bible dan mitologi Hindu.
Bangunan
bakul atau "the basket building" merupakan pejabat bagi "The
Longaberger Basket Company" di Newark,Ohio. Bangunan ini mungkin
merupakan pejabat paling pelik di dunia. Bangunan yang bersaiz 180,000
kaki persegi ini memakan kos sebanyak 30 juta US Dollar dan mengambil
masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya.
Perpustakaan
awam Bandar Kansas atau lebih dikenali sebagai "Kansas City Public
Library". Jangan terkejut apabila saya katakan bahawa rekaan ini
sebenarnya rekaan luar bagi garaj parking sahaja untuk pengunjung
Perpustakaan Awam Bandar Kansas.
Dengan
hanya menuju bahagian selatan selepas melewati Universal Studios dan
Sea World di Orlando, anda akan dapat melihat bangunan pelik ini.
Bangunan ini merupakan Taman Permainan Wonderworks Orlando atau
"Wonderworks Orlando Amusement Park". Bangunan yang terletak di Florida
ini menyediakan pelbagai taman tema di dalamnya untuk keseronokan
pengunjung yang hadir.
Idea
asal bagi rumah kubik ini timbul pada tahun 1970-an. Piet Blom telah
membina beberapa rumah kubik di Helmond. Seterusnya, Bandar Rotterdam
meminta beliau mereka bentuk bahagian atas jejantas bagi pejalan kaki
dan beliau akhirnya menggunakan idea rumah kubik tersebut.
Inilah
salah satu bangunan yang harus dilawati apabila bercuti di kota
Prague, Republik Czech. Bangunan ini dinamakan rumah berdansa atau
"Dancing House". Direka oleh arkitek kelahiran Kroasia, Vlado Milunic bekerjasama dengan arkitek dari Kanada Frank Gehry. Pada asalnya
bangunan ini dinamakan 'Fred and Ginger' , dan berada di antara gedung
Neo-Baroque, Neo-Gothic dan Art Nouveau yang sangat terkenal di
Prague. Menakjubkan!
Bangunan
berbentuk piano ini dibina di An Hui,China. Di sisi piano itu pula
terdapat bangunan berbentuk biola yang sebenarnya merupakan bahagian
eskalator bangunan ini. Bangunan ini dibina sebagai usaha untuk
mengembangkan potensi budaya di daerah tersebut.
Auto Residence atau auto restoran,
sebuah reka bentuk moden dan konsep unik, dibina oleh Stadtbaumeister
Mag. Ing. Markus Voglreiter. Bangunan ini dibangunkan di daerah
perbatasan di Gnigl dekat Salzburg, Austria dengan konsep melestarikan
alam dan gaya khas pinggiran kota pada tahun 70-an
No comments:
Post a Comment